‬ 


اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ


NAMA KUMPULAN: BINTANG


NAMA AHLI KUMPULAN: NURHAFIZA HUSNA BT MOHD ZAKI
                                              : NUR DIYANA BT JAAFAR
                                              : NUR ATHIRAH BT CHE OMAR
                                              : SITI NUR AMIRA SHUHADAH
                                            

PENDAHULUAN

Allah SWT telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian dan telah memuliakan anak-anak Adam 'alaihissalam. Dialah yang meniup ruh ke dalam jasad dan mengajar manusia mengenal alam, lalu bersujudlah malaikat kepadanya. Maka Allah melantik manusia sebagai khalifah, dan tunduklah segala apa yang ada di langit dan dibumi kepadanya. Berbekalkan keimanan dan ketakwaan kepada Maha Pencipta, maka manusia mengabdikan diri kepada Allah, memelihara dan berjasa kepada bumi.
Nikmat nyawa yang dikurniakan oleh Allah adalah suci dan bukan sesuatu yang sia-sia, malah wajib ke atas umat manusia untuk memberi hak dan pemeliharaan yang sempurna kepada nyawa justeru pemeliharaan nyawa adalah salah satu daripada lima kepentingan asas lain yang telah disyariatkan dalam Islam iaitu; menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga keturunan dan menjaga harta.

Islam mengharamkan sesuatu yang boleh merosakkan nyawa atau memberi kemudharatan kepada nyawa manusia. Syariat Islam mengharuskan segala perkara yang boleh menyelamatkan nyawa seseorang manusia. Pensyariatan hukum dalam islam mengambil kira keselamatan nyawa manusia dengan mengkanunkan hukum-hukum pencegahan.

Di samping itu, Islam menggalakkan manusia mengambil sesuatu yang boleh memberi kesihatan kepada nyawa manusia seperti mengambil makanan yang halal dan berkhasiat dapat menjaga kesihatan seseorang kerana itu adalah amanah yang perlu dipelihara. Islam juga mengharamkan umatnya untuk mengambil sesuatu yang boleh merosakkan atau membununh nyawa manusia. Contohnya, pengambilan bahan kimia atau pengambilan dadah dan lain-lain lagi. Oleh itu, pemeliharaan nyawa sangat penting kepada manusia dan mesti dijaga dengan sebaik-baiknya.




FIRMAN ALLAH

    


" Dan janganlah kamu bunuh manusia yang dilarang Tuhan membunuhmya, melainkan untuk keadilan . Dan siapa yang terbunuh dengan tidak menurut keadilan , maka sesungguhnya Kami berikan kepada warisnya kekuasaan. Maka janganlah dia membunuh melanggar batas; sesungguhnya dia beroleh bantuan." - Surah Al-Isra Ayat 
33









Comments